Monday, June 07, 2010

Demi Matahari

Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

 

 DSCN1188

Tiga hari penuh bermakna dalam pencarian diri. Memang rasa beruntung kerana terpilih untuk mengikuti seminar ESQ nih. Lagu di atas adalah makna surah As-Syam yang menjadi intipati ESQ. Itulah sumpah-sumpah Allah dengan matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa manusia untuk menunjukkan kebesaran Nya.

Hari pertama, penyucian diri dan pencarian diri. Memang berbaldi-baldi air mata. Since tak bawak tisu tapi bawak selendang, sehelai selendang tu rasanya lembab dengan air mata & hingus!!

Hari kedua, membersihkan diri dengan menyingkap semua selubung awan hitam yang ada di dalam hati. This time bawak tisu, siap somlap tisu hotel lagi.

Hari ketiga,  put into action. Pengertian solat, pengertian berzakat, menunaikan haji. Macammana perkara-perkara ini boleh menguatkan sahsiah diri menjadi abdi kepada yang Esa. Siap ada simulation melontar and saie lagi.

Penerimaan terhadap intipati ESQ tu terpulang kepada masing-masing. Itulah to me, the beauty of this seminar. Tiada paksaan, tiada lakonan. Namun, jika Allah memberi hidayah, insyallah, terpahatlah apa yang disampaikan di dalam hati.

Penyampaian content memang dramatik. First day, ada dua options sahaja, leave or stay. Close your door or open your heart.

Sesiapa yang ada kelapangan dan wang, pergilah. Itu untuk santapan hati yang telah lama kita abaikan.

Jumpa ramai orang yang famous. Datuk Muhkriz Tun Mahathir, Ezzah Aziz Fauzy, Mohamad Noh of TV9, Tokey Faiza Beras and Azmil Mustapha.

Jumpa ramai kawan-kawan baru. Kak Maijan, Ardilla, Ina, Farah, Kak Nabis etc. Sori, no photo with them. Mata dah bengkak weh,  he he.

 

 DSCN1189 Azmil Mustapha

 

Update (27 July 2010):

ESQ diharamkan di Wilayah Persekutuan but not at all the other states. Frankly, I am sadden with the kekalutan on ESQ nih. Ye lah, may be untuk orang yang tidak cukup ilmu mcm kita ni, ESQ is like pembuka mata hati. To me, cukuplah dengan Ayat As-Syam tu. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa kerdilnya manusia ini di sisi Allah, purpose of us on this earth. Jika kita faham itu semua, laksanakanlah dalam bentuk tindakan. Shahadatlah, solatlah, puasalah, zakatlah and pegilah haji. Tetapi tidak cukup di situ. Itu benda-benda asas sahaja sebagai seorang hamba kepada Illahi, bekerjalah seikhlasnya, tunaikanlah amanah sebagai seorang pekerja, ibu, isteri, anak, rakan, jiran. Senang kan? Kenapa diberatkan dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Sigh…. sesiapa yang belum pernah pegi ESQ, pegilah, rasakan sendiri pengalaman itu. Yang pernah pegi, harap kita dapat yang terbaik dan bukan menyesatkan.

0 comments: