Monday, June 21, 2010

Trip to Cherating

DSCN1203

Subhanaallah

Dengan kekuasaanNya, alam semesta dijadikan untuk bertasbih kepadaNya. DijadikanNya alam sebegitu indah, alangkah beruntungnya sesiapa yang mensucikannya dan merugilah sesiapa yang mengotori.

 

Trip to Cherating was never the same anymore. Melihat keindahan laut yang meluas, pantai, ombak and pulau-pulau sebagai bukti kekuasaan Allah.

 

This time bawak mak sekali. She deserved it. Dulu selalu dengan arwah abah kalau pegi jalan mana-mana.

DSCN1199

 

Pergi beli ikan di Pasar Nelayan di Pantai Balok. Ikan kerapu masih melompat lagi atas meja jualan. How fresh can one get?! So excited dapat ikan fresh, sampai lupa nak ambik gambar. Beli sotong right from the bakul baru naik dari bot.

 

DSCN1205 

Near the Pasar Nelayan, ada orang jual kuih bakar. Sedap but beli sikit aje. Menyesal tak beli banyak sbb mmg sedap. Masak pakai kayu lagi.

DSCN1207DSCN1208

 

 

DSCN1201DSCN1202

Mysarah having a ball at the beach.

DSCN1196    

Insyallah, kalau umur panjang and murah rezeki, kita pegi lagi ke Cherating.

Monday, June 07, 2010

Demi Matahari

Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

 

 DSCN1188

Tiga hari penuh bermakna dalam pencarian diri. Memang rasa beruntung kerana terpilih untuk mengikuti seminar ESQ nih. Lagu di atas adalah makna surah As-Syam yang menjadi intipati ESQ. Itulah sumpah-sumpah Allah dengan matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa manusia untuk menunjukkan kebesaran Nya.

Hari pertama, penyucian diri dan pencarian diri. Memang berbaldi-baldi air mata. Since tak bawak tisu tapi bawak selendang, sehelai selendang tu rasanya lembab dengan air mata & hingus!!

Hari kedua, membersihkan diri dengan menyingkap semua selubung awan hitam yang ada di dalam hati. This time bawak tisu, siap somlap tisu hotel lagi.

Hari ketiga,  put into action. Pengertian solat, pengertian berzakat, menunaikan haji. Macammana perkara-perkara ini boleh menguatkan sahsiah diri menjadi abdi kepada yang Esa. Siap ada simulation melontar and saie lagi.

Penerimaan terhadap intipati ESQ tu terpulang kepada masing-masing. Itulah to me, the beauty of this seminar. Tiada paksaan, tiada lakonan. Namun, jika Allah memberi hidayah, insyallah, terpahatlah apa yang disampaikan di dalam hati.

Penyampaian content memang dramatik. First day, ada dua options sahaja, leave or stay. Close your door or open your heart.

Sesiapa yang ada kelapangan dan wang, pergilah. Itu untuk santapan hati yang telah lama kita abaikan.

Jumpa ramai orang yang famous. Datuk Muhkriz Tun Mahathir, Ezzah Aziz Fauzy, Mohamad Noh of TV9, Tokey Faiza Beras and Azmil Mustapha.

Jumpa ramai kawan-kawan baru. Kak Maijan, Ardilla, Ina, Farah, Kak Nabis etc. Sori, no photo with them. Mata dah bengkak weh,  he he.

 

 DSCN1189 Azmil Mustapha

 

Update (27 July 2010):

ESQ diharamkan di Wilayah Persekutuan but not at all the other states. Frankly, I am sadden with the kekalutan on ESQ nih. Ye lah, may be untuk orang yang tidak cukup ilmu mcm kita ni, ESQ is like pembuka mata hati. To me, cukuplah dengan Ayat As-Syam tu. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa kerdilnya manusia ini di sisi Allah, purpose of us on this earth. Jika kita faham itu semua, laksanakanlah dalam bentuk tindakan. Shahadatlah, solatlah, puasalah, zakatlah and pegilah haji. Tetapi tidak cukup di situ. Itu benda-benda asas sahaja sebagai seorang hamba kepada Illahi, bekerjalah seikhlasnya, tunaikanlah amanah sebagai seorang pekerja, ibu, isteri, anak, rakan, jiran. Senang kan? Kenapa diberatkan dengan perkara-perkara yang remeh temeh. Sigh…. sesiapa yang belum pernah pegi ESQ, pegilah, rasakan sendiri pengalaman itu. Yang pernah pegi, harap kita dapat yang terbaik dan bukan menyesatkan.

Monday, May 31, 2010

Mummy Wrap!

DSCN1065

That’s me during Amir’s Family Day. We won 3rd prize. Punya panas kena wrap dgn toilet paper.

 

DSCN1053 DSCN1077 DSCN1089  The girls pose for the camera.

Monday, May 17, 2010

Me and My City

DSCN1121

 

Gambar kenangan with City. No bukan SimplyCity ye. I have parted with City and get a new car. Kereta apa? Biarlah rahsia but something I really want for the longest time. Last night dah bawak budak-budak ronda-ronda dengan kereta baru.

Sunday, April 25, 2010

Kenangan bersama di UiTM Jengka

 

 

Pengalaman yang amat mendalam. Abah pasti gembira kalau dia tahu ada orang ambil alih syarikat dia. Jumpa rakan-rakan baru dalam bidang kontraktor yang memang berlainan latar belakang pendidikan tetapi cekal untuk mencari rezeki yang halal. In fact actually, these people are actually begitu berjaya sehingga ada yang bergelar jutawan.

 

Semoga Allah merahmati roh Abah and memberi pertolongan agar syarikat abah terus berkembang. Insyallah.

Saturday, April 17, 2010

I could see him smiling….

Today is my most humbling, probably sad day. Hari ini and the next 3 days, I was and will be at UiTM cawangan Pahang, Jengka to attend CIDB course on Pengurusan Busines untuk Kontraktor. You see after abah meninggal, no one is interested to manage abah’s company. Abah was F class contractor. Kesian kat mak, so I take over.

20 of us, all contractors from Kelas F sampai kelas A. What was most humbling to me is that these people cari makan melalui projek-projek pembangunan yang ada. Simple people and I can see that most of them tak ada kelayakan yang tinggi-tinggi. Not like one “company” yang I tahu, buat projek juta-juta tapi orang-orangnya sume hampeh, kepala besar, sombong and bongkak sampai tak boleh tegur.

On the way back, teringatkan abah. I am sure he is happy to see me doing this for his company. I could almost see him smiling. He would like to attend this course. Bila balik, sure cerita, alah bukan kursus sangat pun, asyik makan aje. Which is true, ada breakfast (nasi goreng kampung), morning break (kuih muih), lunch (nasi + lauk+ sayur) and afternoon break (nasi impit + kuah kacang)!! I think by end of the fourth day, I might gain a few kilos. Ye la, tambah makan kat rumah lagi, mak masak.

Abah, tak terasa abah dah tiada. Semoga roh abah dicucuri rahmatNya senantiasa. I miss you. Sekiranya semasa hayat abah, along tak sempat nak berbakti, inilah bakti along pada abah. I love you abah.

Tuesday, March 30, 2010

How to write your name in Jawi?

DSCN0848


Gelak gile bila tengok Izzaty tulis nama dia during the exam.