Monday, October 02, 2006

Wou, I miss the whole month of September to blog. No excuse, simply malas nak update.

Today is the ninth day of Ramadhan. Masih kuat and sihat to berpuasa. Alhamdullilah. Kakak missed two days of puasa. Weekend was tough on her coz Adik eats and drinks in front of her.

I finally have Bibik Indon. She came on the 26th September. Picked her up from the airport with Amir. Masih lurus bendul. First day arrival sudah start training. Training is everyday after sahur. Penat jugak jadi mentor ni. Semua tak tahu, so training includes simple things as hidupkan api dapur, bukak suis lampu and electrical items. Nasib baik tak bebal sgt. Washing machine dah boleh operate sendiri after dua kali tunjuk.

The first week, cuci rumah. From mopping, to basuh bilik air (Yang ini Bibik buatlah). Separuh mati jugak dibuatnya. Sampah and barang-barang yang patut dibuang punyalah banyak. The kids are still at rumah Cik Mu so senang skit Bibik kemasa rumah dulu. Now my house berkilat-kilat memancar kebersihannya. Maklumlah mana pernah dimop tiap-tiap hari. Bilik air masih boleh improve lagi keberkilatannya.

Anyway, Bibik still tak pandai nak hidupkan api dapur tu. I tak bagi dia masak lagi tapi dah train guna microwave. So far yang itu pass. Sahur, she will heat up eveything in the microwave. Ringan skit beban mak ni. "Mem" besar ni turun makan aje. Cuci and kemas, Bibik yang buat.

This was my conversation with Bibik yesterday:

Bibik: Puan, saya mau mintak tolong sama Puan untuk dapatkan itu apa ya orang disini panggil. Itu untuk tahu tanggal.

Mem: Apa tu?

Bibik: Tanggal

Mem: Tangkal? Kamu mau buat apa dengan tangkal?

Bibik: Mau digantung.

Mem: TANGKAL?!!

Bibik: Itu, kalau kita mau tahu hari nya berapa haribulan.. Hari kemarin, rame orang ke masjid, rupa-rupa solat Jumaat...

Mem: Kamu mau kalendar?

Bibik: Iya, kalendar..

Waduh, bikin kaget aja Bibik ni, ingatkan nak tangkal rupanya nak kalendar utk tahu tanggal.

0 comments: