Monday, August 28, 2006

I think I have grown way too big overnight. I am already at 28 weeks. Suddenly the faucet in the sink is too far to reach, either my tummy grown too big or my hands become shorter. I can no longer wash the dishes comfortably without having to drench myself or washing the dishes sideways!!. Amir helped me with the dishes last Saturday. While he was busy arranging the clean dishes into the cabinet, he actually bumped into me on the tummy. Adooi, main langgar aje dengan bekas-bekas plastik tu. Nasib baik, kalau pinggan kaca sure lagi sakit.

I am reading a book by Tash Aw - The Harmony Silk Factory. Sesuai dengan the upcoming Merdeka Day. It is a story about a man who became a communist. Interestingly enough, today in the web site, somebody brought the issue of PKM and their roles in Merdeka.

Posted by Khiru in the General Forum but he did not qoute his source:
Pejuang kemerdekaan sebenar Antaranya ialah Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh, Dr. Buhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir. Mereka memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama). Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun. Berikutan pengisytiharan darurat pada 20 Jun 1948 (British telah mengharamkan parti-parti politik yang keras menentang mereka) ruang telah terbuka luas kepada UMNO, MCA dan MIC di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun S. Sambanthan melanjutkan tuntutan kemerdekaan. Pihak Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) kerana mereka sanggup bekerjasama, berkompromi dan menjaga kepentingan ekonomi penjajah.(Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi kedua). Begitu juga sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga berperanan dalam menuntut kemerdekaan sejak mula ia ditubuhkan (Mei 1930 di Kuala Pilah Negeri Sembilan; merupakan parti politik pertama di Tanah Melayu yang sudah ada jaringan antarabangsa dengan kehadiran Ho Chi Minh dari Vietnam pada tarikh penubuhannya). Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar. Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan. Tidak dinafikan mereka berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk satu bentuk penjajahan baru dengan doktrin komunisme untuk menubuhkan sebuah negara komunis (yang sama sekali ditolak masyarakat Melayu dan Islam) tetapi, usahasama dan gandingan perjuangan mereka untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah wajarkah dinafikan.


Tommorrow, I will post something on this. I need to find my source first. Biography of M.Said (Singaporean Politician) ada menyentuh pasal PKM ini. Why PKM carried the guerilla war in Malaya at that time was because the British mengharamkan Parti ini untuk bergerak secara sah. Let me confirmed with my source first.

0 comments: